Video muzik All_Is_Full_Of_Love

Björk menjadi sebuah robot di dalam video muzik "All Is Full Of Love"

Video muzik lagu ini telah diarah oleh Chris Cunningham dan telah dilancarkan pada April 1999.

Video ini bermula dengan sebuah robot Björk sedang berbaring di atas pelantaran putih sambil disambung atau dibaiki oleh beberapa tangan mekanikal di dalam bilik yang kelihatan seperti klinik robot. Seterusnya, sebuah robot Björk yang lain datang dan menghulurkan tangannya kepada robot Björk pertama sambil menyanyikan bahagian pengulangan all is full of love dalam lagu ini. Lampu malap dan bersinar kembali, kini menunjukkan kedua-dua robot tersebut sedang bercium, sambil dibaiki atau disambung dengan bahan elektronik oleh tangan-tangan mekanikal.[1]

Video ini telah memenangi beberapa anugerah, termasuklah MTV Video Music Award bagi kategori Breakthrough Video (Video Kejayaan). Video ini juga dicalonkan untuk Anugerah Grammy dalam kategori Best Short Form Music Video, namun anugerah tersebut jatuh kepada video Freak On A Leash daripada Korn. Video "All Is Full Of Love" juga dipamerkan sebagai bahan pameran kekal di Muzium Seni Moden di New York. Di samping itu, video itu telah berjaya merangkul kedudukan nombor 1 dalam senarai MTV2's 100 Best Video Ever (100 Video Muzik terbaik MTV2).

Menurut tapak web Glassworks, iaitu syarikat yang telah membuat kesan visual untuk Chris Cunningham, perisian SOFTIMAGE dan Flame telah masing-masing digunakan untuk membuat kesan 3D dan 2D.[2]

Dua robot dalam video muzik sebenarnya bukanlah robot berfungsi seperti yang difikirkan oleh pihak umum. [3] Apabila filem I, Robot ditayangkan pada 2004, sesetengah orang mendakwa bahawa rekaan robot diilhamkan daripada video muzik "All Is Full Of Love". Chris Cunningham tidak memberi apa-apa komen.[4]

Kru pembikinan video

  • Pesuruhjaya[5] - Paul McKee di One Little Indian, UK

Penerbitan

  • Syarikat penerbitan - Black Dog FIlms
  • Pengarah - Chris Cunningham
  • Penerbit - Cindy Burnay
  • Pengarah penggambaran - John Lynch
  • Pereka penerbitan - Chris Cunningham, Julian Caldow
  • Pengarah seni - Chris Oddy
  • Kesan model - Mattes & Miniatures
  • Pembantu pengarah seni - Roy Middleton
  • Pembantu penerbitan - Holly Ross
  • Pengarah pembantu pertama - Matthew Clark
  • Penarik focus - Will Willis
  • Pembantu jurugambar kedua - James Needham
  • Mekap - Deborah Lindsell
  • Juruteknik pencahayaan dan perlengkapan (grip) - Gary Smith
  • Grip kren - Bob Freeman, Steve Morgan
  • Juruteknik kren - Colin Hazel
  • Operator main semula video - Caspar Gordon
  • Main semula bunyi - Sam Mendelssohn
  • Rekaan robot - Chris Cunningham
  • Pembina robot - Paul Catling
  • Pembantu model robot - James McKeown, Liam Williams
  • Penyelia kesan - Ben Halls di Special
  • Juruteknik kesan - Richard Thomas, PJ
  • Ketua juruteknik pencahayaan - Tim O'Connell
  • Juruelektrik - Kevin Fitzpatrick, Dennis O'Connell, John Bates, Barry Taberer
  • Kru pengahantar - James Smith
  • Pengurus studio - Beryl Earl, Kate Tufano

Pascapembikinan

  • Kesan istimewa - James Mann, Pasi Johannson di Glassworks
  • Grafik perindustrian - Alexander Rutterford
  • Penerbit telesin - Alistair Thompson di The Mills
  • Pewarna telesin - Marcus Timpson
  • Penerbit pascapenerbitan - Sally Mattinson di Glassworks
  • Artis 3D - James Mann di Glassworks
  • Artis api - Pasi Johannson di Glassworks
  • Pembikin animasi 3D - James Mann, Sean Elliot, Alastair Hearsum, Bruce Steele, Herve Dome, Tim Kilgower
  • Penyuting luar talian - Gary Knight di FInal Cut

Kelengkapan

  • Kelengkapan kamera - Panavision, UK
  • Kelengkapan pencahayaan - Lee Lighting
  • Stok filem - Kodak Eastman
  • Makmal - Metrocolor, London
  • Studio - Bray Studios, Greenford Studios
  • Insurans - White & Wilson

Berkaitan